Pendahuluan
Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan kaum tak lekang di bibir masyarakat dewasa ini. Oleh  kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, maka perpaduan kaum amatlah mustahak untuk memastikan keamanan negara. Isu perpaduan kaum ini wajar dijadikan agenda perdana daiam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Isi 1

Penggunaan Bahasa kebangsaan

Cara paling penting ialah penggunaan Bahasa kebangsaan. Hal ini demikian, penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Sebagai contohnya, bahasa melayu digunakan semasa berkomunikasi dengan kaum lain. Jelaslah, langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini.
Isi 2

peranan ibu bapa

Kedua, peranan ibu bapa memupuk semangat hidup bermasyarakat tanpa mengira warna kulit, budaya, kepercayaan dan agama. Hal ini demikian, Mereka perlu mendidik anak-anak agar rnengamalkan semangat kejiranan sejak kecil lagi kerana jika hendak melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Misalnya, semasa meraikan perayaan kaum dan agama, ibu bapa sewajarnya rnengamalkan sikap bertukar makanan dan ziarah menziarahi dalam kalangan penduduk setempat Dengan ini, perpaduan kaum dapat dipupuk dan dilestarikan.
Isi 3

aktiviti bermasyarakat
Ketiga, perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti bermasyarakat. Hal ini demikian, dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Sebagai contohnya, aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama.
Isi 4

Mengurangkan jurang ekonomi antara kaum.
Keempat, pihak kerajaan juga perlu beriltizam dalam mengurangkan jurang ekonomi antara kaum. Hal ini demi memastikan taraf kehidupan rakyat Malaysia sentiasa sama agar tidak wujud perselisihan faham dan prasangka antara kaum. Contohnya, kerajaan perlu menggalakkan pelbagai kaum untuk menyertai perkhidmatan kerajaan seperti angkatan tentera dan polis. Tegasnya, kerajaan periu menyusun semula struktur ekonomi agar sernua kaum menceburi semua bidang ekonomi tidak dimonopoii oleh satu-satu kaum .
Penutup
Intihanya, peranan semua pihak dalam mewujudkan perpaduan kaum amatlah dihargai dan dialu-aIukarn. Oleh itu, rakyat mestilah sentiasa berfikiran positif dan rasional dalam menyokong usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan. Dengan kerjasarna daripada semua pihak,  pasti perpaduan kaum dapat dipelihara dan rakyat dapat hidup dalarn keadaan yang aman dan harmoni Akhir kata, bersatu kita teguh. bercerai kita roboh.

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Perpaduan Satu 1Malaysia