Kepentingan Perpaduan Di Malaysia


Malaysia telah melalui pelbagai pengalaman pahit sebelum berdiri teguh dan kukuh sebagai negara membangun. Pasti pengalaman dijajah oleh negara asing tidak akan diulangi lagi sepertimana yang kita ketahui penjajahan Malaysia dimulai dengan Portugis, Inggeris, Belanda, Jepun, kemudian Inggeris lagi selepas itu. Teriakan dan sorakan keramat ‘Merdeka’ pada 31 Ogos 1957 adalah tidak semudah yang disangka untuk dilalui dan memaknakan kemerdekaan tersebut. Bagi memastikan negara tidak dijajajah dan digugat oleh negara asing, perpaduan kaum sangat penting demi menjamin ketenteraman negara ini. Kita tiada seorang pahlawan seperti Rentap yang menentang kubu Raja Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1983, ataupun Dol Said yang melakukan penentangan terhadap kemaraan penjajah pada tahun 1826 di Naning, atau gerakan penentangan Inggeris di Sabah yang gagah diketuai oleh Mat Salleh pada tahun 1884 hingga 1900. Yang kita ada adalah Dato Seri Najib Tun iaitu ketua barisan pemimpin negara yang merangkap sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tanpa kegagahan seperti tokoh zaman dulu-kala, yang perlu hanyalah semangat Malaysia yang bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama seperti kata pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Oleh itu, peganglah pepatah ini sebagai prinsip di dalam hidup demi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.

😊
Perasaan cinta, sayangkan negara dan perasaan ingin membebaskan negara daripada sebarang penjajahan adalah satu semangat nasionalisme. Oleh itu, semangat nasionalisme yang mendalam tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit telah dapat dipupuk menerusi perpaduan kaum. Berdasarkan senario hari ini, sifat tanggungjawab haruslah wujud dalam kalangan rakyat Malaysia dengan menerima dengan minda yang terbuka segala adat resam dan budaya yang diamalkan oleh agama masing-masing agar penindasan yang berlaku di Afrika, Indonesia dan Thailand dapat dibendung. Budaya melentur buluh biarlah dari rebungnya hendaklah dipraktikkan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi dalam membentuk dan menanam semangat perpaduan. Sebagai contoh di sekolah, lagu kebangsaan dinyanyikan dan Rukun Negara dihayati sebagai ikrar untuk mendisiplinkan diri. Maka dengan demikian, mereka akan menyedari akan kepentingan bersatu padu saling hormat-menghormati. Oleh itu, kita hendaklah bersama-sama berganding bahu dan berganding tenaga dalam membajai dan menyemai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat terutamanya anak-anak yang masih bersekolah.

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Perpaduan Satu 1Malaysia