Perpaduan kaum di

 Malaysia jadi aspirasi masyarakat luar

 negara - WeMalaysia Australia




KUALA LUMPUR: Keunikan Malaysia yang melambangkan keharmonian dan kemakmuran antara kaum serta budaya menjadi asas kepada pandangan positif rakyat antarabangsa terhadap negara.

Presiden WeMalaysia Australia, Muhammad Ali Halim Sirat berkata, ia berdasarkan semangat perpaduan yang dibina atas kepercayaan, toleransi selain aspirasi yang dihayati pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara.

"Amalan dalam memupuk semangat perpaduan dapat direalisasikan dalam program yang dianjurkan oleh pelajar di luar negara seperti program kepimpinan, sambutan kemerdekaan dan aktiviti sukarelawan. 

"Usaha pelajar Malaysia di luar negara mengambil bahagian dalam aktiviti sukarelawan seumpamanya patut dipuji kerana amalan ini bukan sahaja memberikan kesedaran kepada masyarakat malah mengeratkan silaturahim pelajar Malaysia pelbagai kaum," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Muhammad Ali berkata demikian ketika mengulas perasmian Persidangan 5th Malaysian Summit of Australia (MASA) 2017 anjuran Malaysian Students' Council of Australia (MASCA) dengan kerjasama WeMalaysia Australia dan YNJ Migration Consultants baru-baru ini.

MASA adalah program tahunan yang dianjurkan oleh MASCA dengan menghimpunkan pelajar Malaysia daripada seluruh Australia untuk mengambil bahagian dalam persidangan dan aktiviti sukan. Program tahunan ini bertujuan untuk mengembangkan intelek dan potensi pelajar di luar negara.

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Perpaduan Satu 1Malaysia