Perpaduan Kaum tertarik untuk melawat ke negara malaysia
Pelancong juga akan tertarik untuk melawat negara kita dengan semangat perpaduan yang ditonjolkan oleh rakyat Malaysia. Para pelancong akan lebih tertarik untuk mempelajari budaya dan adat resam rakyat Malaysia disebabkan keunikan masyarakat kita yang berbilang kaum yang hidup dalam suasana harmoni. Hal ini demikian kerana, pelancong berasa lebih selesa dan selamat berada di negara ini walaupun suatu ketika dahulu Malaysia turut tergugat dengan muncul dan tersebarnya wabak virus influenza H1N1 yang menjadi topik hangat di seluruh dunia, namun industi pelancongan tetap berkembang maju saban tahun kerana wujudnya perpaduan yang kukuh. Timbalan Menteri Pelancongan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dengan adanya sifat perpaduan dan layanan baik mesra yang diberikan oleh rakyat negara ini kepada pelancong asing, peratusan peningkatan industri pelancongan akan terus berlaku meskipun agak berkurangan dengan wujudnya wabak penularan H1N1. Tidak disangkal lagi bahawa, rakyat Malaysia dapat bergaul mesra antara satu sama lain yang boleh terdiri daripada berbilang kaum dan juga agama. Sebagai contoh, di sekolah rendah dan juga menengah, para pelajar dapat menikmati infrasruktur yang disediakan dan dapat belajar dalam satu sekolah yang sama. Seperti peribahasa ada mengatakan muafakat membawa berkat. Jadi, jelas sekali di sini perpaduan kaum bukan sahaja dapat menyemai dan menanam sifat patriotisme di dalam diri malahan dapat dapat menarik lebih ramai pengunjung untuk bertandang ke Malaysia.
Comments
Post a Comment