Perpaduan Malaysia 1Malaysia
Malaysia adalah sebuah negara yang penduduknya terdiri dari pelbagai kaum yang mengamalkan cara hidup yang tersendiri. Perbezaan ini dapat dilihat melalui bahasa, politik ,ekonomi , tempat tinggal dan hubungan sosial. Masyarakat Malaysia terdiri daripada kaum Cina, kaum India, kaum Melayu. Manakala di Sabah dan Sarawak terdapat kaum Kadazan,Iban ,Kayan, Bajau, Bidayuh dan banyak lagi. Mereka ini juga dianggap sebagai kaum Bumiputera selain orang-orang Melayu termasuk orang Asli . Intergasi pula membawa maksud penyatuan kelompok masyarakat yang mempuntai latar belakang yang berbeza ,lalu menjadi satu entiti yang terikat oleh nilai serta kepentingan bersama. Ia juga berperanan untuk menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui identiti bersama kerana perpaduan rakyat menjadi teras kepada kemerdekaan negara yang berdaulat .
Comments
Post a Comment