Posts

Sajak Perpaduan Satu 1Malaysia

Sajak Perpaduan  Satu1malaysia generasi berganti silih berganti musim berganti silih berganti hari berganti silih berganti masa berputar tiada henti mematangkan usia dan pemikiran mendewasakan manusia dan dunia melahirkan insan integriti bangsa hai generasi tanpamu siapalah dunia ini tanpamu tiada akan erti kemerdekaan ini kemerdekaan yang dicapai oleh negaramu hari ini kemerdekaan yang dicapai oleh dirimu sendiri corakkanlah hidupmu dengan semangat perpaduan corakkanlah hidupmu dengan semangat kemerdekaan agar negara tercinta kekal bersama kita selamnya melayu, india dan cina kita adalah bersama jika bercerai kita roboh, bersatu kita pasti teguh laksana ikatan keakraban persaudaraan kita adalah insan sekelompok kita adalah insan satu gagasan kita adalah insan satu malaysia berganding bahu tanpa mengira bangsa serta asal usul bersatu hati dalam bermuafakat demi negara yang tercinta kita satu malaysia!!!
Image
Peranan Rakyat untuk Membentukan Masyarakat Bersatu-padu Selain itu itu, perpaduan kaum di Malaysia boleh dicapai dengan  meraikan sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia secara bersama-sama . Melalui amalan kunjung-mengunjung yang dilakukan akan dapat mengeratkan ikatan silaturahim antara jiran serta rakan daripada                                                                                                                                                                     pelbagai kaum. Sebagai contohnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru C...
Image
1 malaysia Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu, India, Kadazan dan sebagainya. Peribahasa “ rambut sama hitam, hati lain-lain” jelas menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi sukma dan keinginan manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama dapat tercapai. Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti kata peribahasa, “ bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”.             Selain itu, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat memajukan ekonomi negara. Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Mala...
Langkah memupuk perpaduan kaum di Malaysia Pendahuluan Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan kaum tak lekang di bibir masyarakat dewasa ini. Oleh  kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, maka perpaduan kaum amatlah mustahak untuk memastikan keamanan negara. Isu perpaduan kaum ini wajar dijadikan agenda perdana daiam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan. Isi 1 Penggunaan Bahasa kebangsaan Cara paling penting ialah penggunaan Bahasa kebangsaan. Hal ini demikian, penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Sebagai contohnya, bahasa melayu digunakan semasa berkomunikasi dengan kaum lain. Jelaslah, langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini. Isi 2 peranan ibu bapa Kedua, peranan ibu bapa memupuk semangat hidup bermasyarakat tanpa mengira warna kulit, budaya, kepercayaan dan agama. Hal ini demikian, ...
Image
Perpaduan kaum di  Malaysia jadi aspirasi masyarakat luar  negara - WeMalaysia Australia KUALA LUMPUR : Keunikan Malaysia yang melambangkan keharmonian dan kemakmuran antara kaum serta budaya menjadi asas kepada pandangan positif rakyat antarabangsa terhadap negara. Presiden WeMalaysia Australia, Muhammad Ali Halim Sirat berkata, ia berdasarkan semangat perpaduan yang dibina atas kepercayaan, toleransi selain aspirasi yang dihayati pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara. "Amalan dalam memupuk semangat perpaduan dapat direalisasikan dalam program yang dianjurkan oleh pelajar di luar negara seperti program kepimpinan, sambutan kemerdekaan dan aktiviti sukarelawan.  "Usaha pelajar Malaysia di luar negara mengambil bahagian dalam aktiviti sukarelawan seumpamanya patut dipuji kerana amalan ini bukan sahaja memberikan kesedaran kepada masyarakat malah mengeratkan silaturahim pelajar Malaysia pelbagai kaum," katanya kepada  Astro AWANI ...
Langkah - Langkah Memupuk Perpaduan MALAYSIA adalah sebuah negara membangun yang sedang menuju ke arah status negara maju dan dalam kita mencapai matlamat itu keamanan dan keharmonian tidak pernah sesekali dipinggirkan. Sebaliknya kepelbagaian agama, etnik dan budaya terus menjadi teras kepada kekuatan Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju dalam tempoh beberapa tahun lagi. Hakikatnya, perpaduan jitu yang dibentuk oleh rakyat negara ini adalah asas kepada pengukuhan Malaysia sebagai sebuah negara aman dan harmoni. Sungguhpun begitu, perpaduan yang jitu ini jika tidak diawasi dengan baik boleh menyebabkan negara berada dalam suasana genting dan huru hara memandangkan kedudukan kaum dan etnik yang pelbagai. Justeru beberapa langkah perlu diambil dan dikekalkan dalam usaha memastikan rakyat di Malaysia ini terus bersatu padu. Antaranya memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu khususnya melalui sistem pendidikan sama ada di peringkat sekolah termasuk sekolah ver...
Image
Perpaduan Kaum tertarik untuk melawat ke negara malaysia Pelancong juga akan tertarik untuk melawat negara kita dengan semangat perpaduan yang ditonjolkan oleh rakyat Malaysia.  Para pelancong akan lebih tertarik untuk mempelajari budaya dan adat resam rakyat Malaysia disebabkan keunikan masyarakat kita yang berbilang kaum yang hidup dalam suasana harmoni. Hal ini demikian kerana, pelancong berasa lebih selesa dan selamat  berada di negara ini walaupun suatu ketika dahulu Malaysia turut tergugat dengan muncul dan tersebarnya wabak virus influenza H1N1 yang menjadi topik hangat di seluruh dunia, namun industi pelancongan tetap berkembang maju saban tahun kerana wujudnya perpaduan yang kukuh. Timbalan Menteri Pelancongan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dengan adanya sifat perpaduan dan layanan baik mesra yang diberikan oleh rakyat negara ini kepada pelancong asing, peratusan peningkatan industri pelancongan akan terus berlaku meskipun agak berkurangan dengan wujudnya...